Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis tahan 3 warga asing, disyaki miliki lebih 25kg dadah

    PHNOM PENH, 23 MEI – Polis anti-dadah Kemboja telah menahan tiga warga Vietnam kerana memiliki, mengedar dan memproses dadah, serta merampas lebih daripada 25 kilogram (kg) dadah, menurut kenyataan akhbar daripada Jabatan Anti-Dadah (ADP), kelmarin.

    Suspek termasuk seorang wanita berusia antara 30 dan 41 tahun, ditahan pada Isnin semasa serbuan di tiga lokasi di ibu negara Phnom Penh selepas siasatan menyeluruh.

    “Sebanyak 25.1kg ekstasi, kristal methamphetamine, ketamin dan heroin telah dirampas daripada milik suspek semasa tindakan keras,” kata ADP.

    Di samping itu, kira-kira 81.5kg bahan dadah turut dirampas semasa serbuan, tambah ADP.

    Namun, Kemboja tidak mempunyai hukuman mati bagi pengedar dadah. Di bawah undang-undangnya, seseorang yang didapati bersalah mengedar lebih 80 gram dadah boleh dipenjarakan seumur hidup.

    Menurut ADP, kerajaan itu menahan 7,128 suspek berkaitan dadah, termasuk 237 warga asing, sepanjang tempoh Januari hingga April tahun ini, merampas sejumlah 3.87 tan dadah.

    Kebanyakan dadah yang dirampas ialah ketamin, kristal methamphetamine, tablet methamphetamine, heroin, ekstasi dan kokain. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda