Saturday, January 18, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis tahan 40 individu, tumpas mata wang kripto

    KUALA LUMPUR, 3 NOV – Polis menahan 40 individu dan berjaya menumpaskan sindiket pelaburan mata wang kripto membabitkan kerugian lebih RM50 juta.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata tangkapan membabitkan 31 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 20 dan 55 tahun itu dibuat dalam operasi di seluruh negara pada 29 hingga 31 Oktober lepas.

    Beliau berkata daripada jumlah yang ditahan, 38 merupakan pemilik perniagaan, pengarah syarikat dan setiausaha syarikat manakala masing-masing seorang pegawai bank dan ejen pencari keldai akaun.

    “Operasi ini dijalankan selepas polis menerima 76 laporan daripada mangsa skim pelaburan berkenaan yang membabitkan kerugian berjumlah RM50,620,880.29.

    “Mangsa yang berusia antara 22 hingga 81 tahun itu kebanyakannya terdiri daripada golongan pesara dan ahli perniagaan,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

    Ramli berkata modus operandi sindiket berkenaan adalah menawarkan pelaburan mata wang kripto dengan keuntungan tinggi dalam masa singkat. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda