Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis tahan lelaki jadi ‘keldai akaun’

    BALIK PULAU, 11 Julai – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menjadi ‘keldai akaun’ kepada satu sindiket penipuan berkaitan pelaburan yang tidak wujud secara dalam talian, melibatkan kerugian hingga RM32,300 kepada mangsa baru-baru ini.

    Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya kelmarin.

    “Siasatan mendapati mangsa telah membuat transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM32,300, namun dia membuat laporan polis selepas menyedari menjadi ditipu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Beliau berkata lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu.

    Sementara itu Kamarul Rizal berkata Selasa lepas polis menahan empat lelaki berusia 25 hingga 33 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes samun tanpa senjata api di Bayan Baru minggu lepas.

    Beliau berkata empat lelaki itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan sekitar Balik Pulau hasil risikan serta maklumat awam dan keempat-empat suspek kini direman bagi membantu siasatan. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda