IPOH, 10 JULAI – Polis menahan tiga petugas sebuah taska di Taman Meru Perdana 2 disini yang dipercayai mendera lima kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun di taska berkenaan, minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata berkata tiga suspek berkenaan yang terdiri daripada pengurus dan guru wanita berusia 26 hingga 51 tahun itu, ditahan selepas polis menerima satu laporan daripada salah seorang bapa kanak-kanak berkenaan yang berusia 31 tahun di Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh, Khamis lepas. – Bernama


