Saturday, November 16, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis tahan puluhan penunjuk perasaan pembangkang di India

    NEW DELHI, 26 MAC – Polis India menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pembangkang hari ini bagi menghalang mereka daripada berarak ke kediaman Perdana Menteri, Narendra Modi untuk menuntut pembebasan pemimpin mereka dan pegawai tertinggi di New Delhi yang ditahan minggu lalu dalam kes rasuah.

    Hampir 300 penyokong Arvind Kejriwal berkumpul di Bangunan Parlimen India untuk memulakan perarakan mereka. Anggota polis, ada yang memakai pakaian anti-rusuhan, mengepung penunjuk perasaan dan menahan beberapa orang.

    Pihak berkuasa sejak itu telah melarang perhimpunan empat orang atau lebih di kawasan yang menempatkan hampir semua bangunan utama kerajaan.

    Kejriwal, salah seorang ahli politik negara yang paling berpengaruh dalam 10 tahun lalu dan pesaing utama Modi, telah ditangkap pada 21 Mac. Beliau dan partinya, Aam Aadmi Party atau Parti Orang Biasa, dituduh menerima rasuah sebanyak AS$12 juta daripada kontraktor minuman keras hampir dua tahun lalu.

    Parti tersebut menafikan tuduhan itu, mengatakan ia direka oleh agensi persekutuan, yang dikawal oleh kerajaan Modi. – AP

    Anggota polis menahan seorang ahli Parti Aam Aadmi semasa protes terhadap penahanan Kejriwal di New Delhi, India, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda