Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis tahan ratusan penunjuk perasaan

    THE HAGUE, 22 JUN – Polis Belanda kelmarin menyembur meriam air untuk meleraikan penunjuk perasaan yang dikatakan kecewa dengan dasar koronavirus kerajaan, menahan ratusan orang selepas pertelingkahan berlaku.

    Beratus-ratus orang berkumpul di pusat bandar, kebanyakan mereka membawa sepanduk atau berpegang tangan, untuk menunjuk perasaan menentang langkah yang dikenakan termasuk peraturan penjarakan sosial 1.5 meter. Pemangku datuk bandar, Johan Remkes pada mulanya melarang protes tetapi kemudiannya bersetuju dengan perhimpunan dengan masa yang dihadkan.

    Pegawai tertinggi bandar itu tidak hanya melarang demonstrasi itu kerana tindakan koronavirus, kata agensi berita nasional ANP. Remkes ‘bimbang mengalami gangguan kerana polis mempunyai maklumat bahawa kumpulan pengacau, di antaranya penyokong bola sepak akan mengambil bahagian dalam demonstrasi itu’, tambahnya.

    Polis berkata tunjuk perasaan dijalankan secara aman sehingga sekumpulan peminat bola sepak bertempur dengan polis berdekatan Pusat Stesen, melemparkan batu dan botol. Polis kemudiannya mengepung berpuluh-puluh penunjuk perasaan yang enggan beredar berdekatan Malieveld, beberapa ratus meter dari stesen. – AFP

    Pihak polis menyembur meriam air untuk meleraikan penunjuk perasaan kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda