Tuesday, December 24, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis tahan suspek bakar wanita dalam kereta api bawah tanah

    NEW YORK, 23 DIS – Polis New York City menahan seorang lelaki disyaki membakar seorang wanita dalam kereta api bawah tanah di Brooklyn yang kemudiannya meninggal dunia, kata pihak berkuasa, menyifatkannya sebagai salah satu jenayah paling kejam.

    Lelaki itu dengan tenang berjalan ke arah mangsa dalam kereta api F di Brooklyn dan membakarnya kelmarin, kata Pesuruhjaya Polis New York City, Jessica Tisch, kepada sidang akhbar.

    “Kami percaya suspek telah menggunakan pemetik api untuk menyalakan pakaian mangsa, yang terbakar sepenuhnya dalam beberapa saat,” katanya sambil menambah polis bergegas ke tempat kejadian dan api segera dipadamkan menggunakan alat pemadam.

    “Malangnya ia sudah terlambat dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” tambahnya lagi.

    Menurut rakaman kamera badan, polis telah memperolehi gambar yang jelas tentang suspek di mana dia berada di tempat kejadian, dan duduk di bangku di platform di luar kereta api,” kata Tisch.

    Selepas menyebarkan gambar itu kepada umum, polis telah menerima maklumat daripada tiga pelajar sekolah menengah dan menahan suspek di stesen Manhattan.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada golongan muda yang menghubungi 911 untuk membantu. Mereka melihat, berkata dan melakukan sesuatu,” kata Tisch. – AFP

    Gambar fail bertarikh 5 Mei 2020 menunjukkan pegawai Polis New York mengosongkan kereta api di Terminal Coney Island Stillwell Avenue, di New York. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda