Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis tahan tiga suspek letupan The Hague

    THE HAGUE, 10 DIS – Polis Belanda berkata hari ini mereka telah menahan tiga orang yang disyaki terlibat dalam letupan dan kebakaran di sebuah blok pangsapuri di The Hague yang mengorbankan enam orang.

    “Pihak berkuasa juga merampas beberapa buah kereta dan tidak mengetepikan akan melakukan tangkapan selanjutnya,” kata polis, sambil menambah mereka telah menerima berpuluh-puluh maklumat.

    Pekerja penyelamat dengan anjing pengesan telah mengeluarkan enam mayat dari runtuhan bangunan. Empat orang masih di hospital, manakala dua lagi dalam keadaan kritikal.

    Polis telah meminta maklumat mengenai sebuah kereta yang dilihat memecut meninggalkan tempat kejadian selepas letupan berlaku kira-kira 6:15 Sabtu lalu.

    “Siasatan lanjut diperlukan untuk menentukan sama ada salah satu daripada kereta itu juga merupakan kereta yang dipandu dari tempat kejadian,” kata polis dalam satu kenyataan. – AFP

    Pasukan penyelamat bekerja di tapak letupan dan kebakaran yang memusnahkan blok pangsapuri di The Hague pada 9 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda