Tuesday, July 22, 2025
32.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis tahan wanita buang anak damit di Lahad Datu

    LAHAD DATU, 21 JULAI – Polis menahan seorang wanita disyaki membuang anak damit lelaki yang baru dilahirkannya di Kampung Burung, Jalan Bakawali, di Lahad Datu pada Jumaat lepas.

    Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata wanita berumur 30 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu semalam, selepas hadir memberikan keterangan.

    “Siasatan awal mendapati wanita itu bersalin di rumah dan meletakkan anaknya di luar rumah selepas panik melahirkan anak damit terbabit,” katanya semasa dihubungi di Lahad Datu, hari ini.

    Dzulbaharin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang anak damit yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Pada Jumaat lepas, media melaporkan seorang anak damit lelaki ditemukan orang awam dalam keadaan berbalut kain di hadapan sebuah rumah di kampung itu pada 3:06 pagi.

    Anak damit itu dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut, tetapi meninggal dunia pada 7:02 malam akibat kelahiran pramatang. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda