Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis tembak dua suspek serangan di Thailand

    BANGKOK, 11 April – Polis Thailand berkata mereka telah menembak dan membunuh dua suspek yang melancarkan serangan hendap ke atas seunit polis semalam di wilayah selatan Patani, sehari selepas serangan bom di wilayah berdekatan yang mencederakan 13 orang.

    Tiga orang pegawai polis tercedera dalam serangan tembakan itu yang berlaku selepas serangan hendap, menurut Leftenan Adisak Saduba daripada balai polis daerah Yarang. Serangan ke atas anggota keselamatan, kadangkala menggunakan bahan letupan yang dibuat sendiri, merupakan taktik biasa yang dilakukan oleh pemberontak, yang beroperasi di tiga wilayah selatan di Narathiwat, Yala dan Patani, satu-satunya kawasan yang mempunyai ramai penduduk beragama Islam di negara berpenganut Buddha itu.

    Pemberontak itu, yang datang daripada beberapa kumpulan, tidak mempunyai matlamat yang jelas, walaupun pada masa yang sama beberapa daripada mereka mempunyai fahaman pemisah dan yang lain mencari bagi autonomi besar. Mereka turut menerima sokongan daripada penduduk Islam lain, yang sering kali mengadu dikelaskan sebagai rakyat kelas kedua.

    Ketiga-tiga serangan bom kelmarin telah mencederakan 13 orang di bandar Thailand yang bersempadan dengan Malaysia yang dirancang oleh pemberontak di sana, menurut polis.

    Gambar menunjukkan kesan serangan yang berlaku baru-baru ini di Sungai Golok, wilayah Narathiwat, Thailand. Polis Thailand berkata mereka telah menembak mati dua suspek yang terlibat dalam serangan hendap di sebuah balai polis di selatan Patanni. – AFP

    Leftenan Traipop Donprailao berkata bom itu disambungkan kepada pemasa dan disembunyikan pada motosikal yang diletakkan, meletup berdekatan sebuah restoran kecil, sebuah pusat hiburan dan hotel di Sungai Golok di wilayah Narathiwat. Empat orang yang cedera akibat terkena serangan masih berada di hospital semalam, menurut Koperal Ratt Chanthachalee.

    Sungai Golok telah menjadi sasaran dalam serangan sebelum ini. Dengan suasana malamnya, termasuk kegiatan pelacuran menjadikannya sebagai sebuah ‘bandar berdosa’ bagi pengunjung dari seluruh sempadan di Malaysia, yang mana aktiviti tersebut dilarang dan bertentangan dengan undang-undang Islam.

    Sementara itu, serangan pemberontak sejak 2004 telah menyebabkan kira-kira 7,000 orang terbunuh. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda