Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Polis tembak mati dua ‘pengganas’ di Istanbul

    ISTANBUL, 6 FEB – Polis Turkiye hari ini telah menembak mati dua penyerang dari pertubuhan berhaluan kiri, dilabel ‘pengganas’ oleh pihak berkuasa, yang menyerang pusat pemeriksaan keselamatan di luar mahkamah utama Istanbul, mengorbankan seorang individu dan mencederakan lima yang lain, kata pegawai.

    Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata penyerang itu adalah anggota Barisan Depan Parti Pembebasan Rakyat Revolusi (DHKP-C) – kumpulan berhaluan kiri yang telah melancarkan serangan berkala di Turkiye sejak 1980an.

    DHKP-C tidak mengeluarkan kenyataan ia bertanggungjawab. Kumpulan itu, yang dianggap sebagai organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat (AS), telah menentang pengaruh AS di Timur Tengah dan di seluruh dunia.

    Pada 2014, Washington menawarkan ganjaran AS$3 juta untuk penangkapan pemimpin kumpulan itu.

    “Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan kita, yang menghapuskan serangan itu dengan campur tangan tepat pada masanya,” kata Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataan di televisyen.

    “Dua pengganas, seorang wanita dan seorang lagi lelaki telah diberkas,” kata Erdogan, menmabah serangan itu mencederakan tiga polis dan tiga orang awam, seorang daripadanya meninggal dunia kemudian. – AFP

    Pegawai keselamatan dan anggota pasukan forensik polis memeriksa lokasi di mana dua penyerang terbunuh di luar mahkamah di Istanbul, Turkiye. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...