Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Polis temui lebih 304 tan dadah di Selatan Afghanistan

    KABUL, 27 MAC – Polis anti-narkotik Afghanistan menemui dan memusnahkan lebih 304 tan dadah terlarang sepanjang tahun 1403 dalam kalendar Parsi yang berakhir pada 20 Mac lalu, di wilayah Kandahar, selatan Afghanistan, menurut jurucakap polis wilayah, Mullah Assadullah Jamshid, hari ini.

    Sebanyak 304.4 tan dadah, termasuk heroin, opium poppy, hashish, tablet ketagihan, serta peralatan yang digunakan dalam pembuatan heroin, ditemui dalam 446 operasi yang dijalankan di ibu kota Kandahar City dan 19 daerah di wilayah tersebut.

    Dalam operasi itu, 222 individu telah ditahan atas dakwaan terlibat dalam perniagaan dadah dan telah dirujuk kepada badan berkuasa untuk siasatan lanjut, menurut pegawai polis.

    Kerajaan sementara Afghanistan berikrar untuk memerangi dadah terlarang secara habis-habisan, dengan matlamat untuk menjadikan negara itu sebagai negara bebas dadah. – Xinhua

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    30 militan terkorban dalam operasi dekat dua sempadan

    ISLAMABAD, 20 NOV - Pasukan keselamatan Pakistan membunuh 30...

    Bahan letupan lama meletup, ragut tiga nyawa kanak-kanak di Afghanistan

    KABUL, 14 NOV - Tiga kanak-kanak maut apabila bom...

    Childrity bangunkan perkampungan Malaysia di Afghanistan

    KUALA LUMPUR, 7 NOV - Childrity kini dalam proses membangunkan...

    Korban gempa bumi di utara Afghanistan meningkat 24

    KABUL, 4 NOV - Kira-kira seramai 24 orang terbunuh,...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...