Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis terima ratusan panggilan berkaitan ancaman terhadap sekolah-sekolah di Berlin

    BERLIN, 17 NOV – Mesej tular di beberapa aplikasi pesanan, yang didakwa mengandungi ancaman serangan terhadap kira-kira 20 sekolah di Berlin menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk ibu negara Jerman, lapor agensi berita Jerman (dpa).
     
    Polis menerima lebih 900 panggilan kecemasan berkaitan ancaman itu, menurut jurucakap hari ini.
     
    Pihak berkuasa percaya mesej berkenaan merupakan ‘maklumat palsu yang sengaja disebarkan untuk menimbulkan ketakutan’.
     
    Dalam kenyataan di platform X, polis memberi amaran mengenai penyebaran maklumat salah dan berita palsu. 
     
    “Kami tidak mempunyai sebarang petunjuk mengenai bahaya atau ancaman kukuh,” menurut kenyataan yang dimuat naik lewat kelmarin.
     
    Polis berkata sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa hari ini, namun anggota keselamatan akan ditempatkan berhampiran bangunan sekolah untuk memastikan tindakan segera dapat diambil jika perlu.
     
    Amaran polis itu turut mencetuskan banyak reaksi dalam talian.
     
    Mesej yang mengandungi ancaman itu dihantar ke beberapa kumpulan sembang sekolah, dengan beberapa institusi turut disebut secara khusus. – Bernama
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda