Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis terlibat siasatan insiden serangan agen saraf letak jawatan

    LONDON, 18 OKT – Seorang pegawai polis Britain yang terlibat dalam penyiasatan serangan agen saraf terhadap bekas ejen Rusia di England dua tahun lalu telah meletak jawatan dan berkata tugasan tersebut sukar dan dia tidak lagi mampu menggalasnya.

    Detektif Sarjan Nick Bailey terdedah kepada racun ‘Novichok’ ketika dia menyentuh tombol pintu di rumah bekas perisik Rusia Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia, pada tahun 2018.

    Kedua-dua warga Rusia itu menjadi sasaran serangan yang didakwa Britain berkaitan campur tangan pegawai tertinggi Rusia, satu tuduhan yang telah ditolak oleh Moscow secara tegas.

    Dalam satu siri tweet, Bailey mengatakan bahawa dia telah mengalami trauma dan keganasan selama 18 tahun dalam perkhidmatannya tetapi kesan serangan Novichok itu tidak boleh dipandang ringan.

    “Kejadian di Salisbury pada Mac 2018 memerlukan komitmen yang tinggi dan walaupun saya telah berusaha semampu mungkin untuk menanganinya, saya tahu saya tidak merasa tenang ketika melakukan tugasan ini,” tulisnya.

    Bailey menghabiskan masa dua minggu di hospital dalam rawatan intensif selepas terdedah dengan insiden tersebut dan telah melakukan beberapa percubaan untuk kembali bekerja. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda