Beberapa kenderaan polis kelihatan keluar dari kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta hari ini. Semalam polis turut menggeledah kediaman tersebut dan sebuah apartmen mewah milik beliau di Jalan Raja Chulan. – Bernama
KUALA LUMPUR, 17 Mei – Anggota dan pegawai polis yang melakukan pencarian di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta sejak malam tadi, masih berada di lokasi setakat 12 tengah hari ini. (Klik di sini untuk berita selanjutnya)