BANGKOK, 6 OGOS – Polis Thailand kini sedang menyiasat suspek yang disyaki membunuh wanita warga Switzerland di sebuah resort pantai popular.
Mangsa, Nicole Sauvain-Weisskopf, ditemui polis dalam keadaan terbaring ditutup dengan kain hitam di sebuah lokasi berbatu di kawasan perairan di Pulau Phuket, semalam.
Kes ini menjejaskan program ‘Sandbox’, satu usaha mengembalikan populariti Phuket, yang sebelum ini suram akibat kekangan perjalanan disebabkan COVID-19.
Mangsa berusia 57 tahun difa-hamkan ke Phuket di bawah rancangan itu, di mana ia membenarkan pelancong yang divaksin untuk melawat pulau itu tanpa kewajiban untuk menjalani kuarantin selama dua minggu di hotel.
Bedah siasat bagi menentukan punca kematian akan diketahui hari ini, namun pihak berkuasa percaya Sauvain-Weisskopf sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu.
Polis juga menemui telefon bimbit, seluar serta kasut berhampiran mayat berkenaan.
Sementara itu, gabenor Phuket, Narong Woonciew memberitahu pihaknya akan melakukan apa sahaja untuk kejadian itu dan membawa keadilan terhadap mangsa. – AFP