Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Polis Thailand disyaki gubah wang haram ditangkap

    BANGKOK, 3 APRIL – Mahkamah Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas salah seorang pegawai paling berprofil tinggi kerajaan itu, berhubung dakwaan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan rangkaian perjudian dalam talian, kata polis kelmarin.

    Surachate Hakparn, timbalan ketua polis negara kerajaan, telah melapor diri di balai polis daerah Tao Poon, di ibu kota Bangkok selepas menerima waran tangkap ke atas dirinya, menurut media Thailand.

    Tuduhan ke atasnya itu termasuk pengubahan wang haram dan berkomplot untuk melakukan jenayah, kata polis. Surachate sebelum ini menafikan semua dakwaan.

    Pegawai polis telah menggeledah rumah Surachate di Bangkok pada bulan September, berikutan siasatan meluas yang menyaksikan pasukan SWAT menyerbu beberapa lokasi.

    Dikenali dengan nama samaran ‘Big Joke’, bukan sifat jenakanya tapi kerana pangkatnya yang tinggi setelah lama berkhidmat dan terkenal di kerajaan kerana penampilannya yang kerap di media.

    Juga digelar ‘kucing dengan sembilan nyawa’, Surachate telah dikaitkan dengan tokoh berkuasa dalam kerajaan terdahulu.

    Dia pernah menghilangkan diri pada 2019 atas sebab yang tidak jelas, sebelum perdana menteri ketika itu, Prayut Chan-o-cha menjadikannya penasihat khas strategi kepada polis pada 2021.

    Ini adalah perkembangan terbaru pada dalam saga lama yang melibatkan pasukan polis Thailand yang telah dibelenggu dengan dakwaan rasuah dan sering menjadi tajuk utama di Thailand selama berbulan-bulan. – AFP

    Surachate ‘Big Joke’ Hakparn bercakap kepada media sebelum memasuki Mahkamah Jenayah di Bangkok pada September 2023 lalu. Dia kini ditahan berhubung dakwaan berkaitan dengan rangkaian perjudian dalam talian,kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...