Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Polis Thailand kepung lelaki bersenjata, 3 maut

    BANGKOK, 22 MAC – Polis di Thailand berkata hari ini mereka telah mengepung satu kawasan kejiranan di bandar barat daya ibu kota di mana mereka telah memerangkap
    seorang lelaki bersenjata di dalam rumahnya selepas dia menembak mati sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan beberapa yang lain.

    Televisyen Thai menunjukkan imej polis mengambil kedudukan di jalan yang sunyi di Phetchaburi, kira-kira 170 kilometer (105 batu) barat daya Bangkok, beberapa daripada mereka membawa senjata dan yang lain dengan perisai pelindung.

    Polis mengesahkan tiga orang termasuk seorang penghantar barang bermotosikal terbunuh dalam kejadian yang bermula awal petang tadi itu. Pada satu ketika, mayat yang dikesan oleh dron polis di hadapan rumah tidak dapat diambil kerana berada dalam barisan tembakan.

    Sekurang-kurangnya dua orang cedera, seorang daripadanya pegawai tempatan yang bergegas ke lokasi apabila dimaklumkan tentang tembakan, telah dibawa ke hospital.

    Polis tempatan mengosongkan sekolah-sekolah dan pusat penjagaan berhampiran dan mengepung rumah lelaki bersenjata itu sementara menunggu pegawai terlatih khas tiba cuba menyelesaikan keadaan, ketika lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arah mereka secara berkala.

    Biro Siasatan Pusat polis di laman Facebooknya mengenal pasti suspek sebagai Anuwat Waentong, 29. Media Thai melaporkan bahawa dia sepatutnya hadir ke mahkamah hari ini atas pertuduhan dadah. – AP

    Anggota polis dengan senjata mengambil kedudukan di jalan berhampiran kejiranan rumah lelaki bersenjata di wilayah Phetchaburi, barat daya Bangkok, Thailand, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...