Monday, March 31, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Thailand tahan banduan pelarian Perancis

    BANGKOK, 28 MAC – Polis Thailand telah menahan seorang banduan pelarian Perancis di sebuah pulau percutian tropika Phuket berhubung kejadian meloloskan diri dari penjara yang membebaskan seorang pengedar dadah terkenal yang digelar ‘The Fly’.

    Adonis Correa, 24, merupakan suspek terbaru daripada 24 individu yang ditahan dalam satu operasi pemburuan antarabangsa selepas pelarian mengejutkan daripada seorang suspek ketua geng, Mohamed Amra, dari sebuah van penjara di utara Perancis pada Mei 2024.

    Penyiasat menganggap Correa sebagai ‘rakan rapat’ kepada Amra, yang ditahan di Romania bulan lalu, selepas sembilan bulan melarikan diri sebagai ‘musuh nombor satu’ Perancis.

    Correa ditahan pada Rabu di pulau Phuket, destinasi popular di selatan Thailand, menurut sumber Perancis dan polis Thailand kelmarin.

    “Polis imigresen Thailand telah menahan seorang warga Perancis yang mempunyai kaitan dengan sebuah organisasi jenayah rentas negara yang terlibat dalam satu kejadian meloloskan diri dari penjara yang mengakibatkan kematian beberapa pegawai penjara,” kata polis Thailand dalam satu kenyataan.

    Kejadian Amra yang melarikan diri dari penjara pada tahun lalu mengejutkan Perancis dan menjadi berita utama seluruh dunia. Penyerang bersenjatakan senjata automatik berat itu, menyerang van penjara yang membawa Amra ke sebuah plaza tol lebuh raya, membunuh dua pengawal dan mencederakan tiga lagi. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda