Sunday, May 11, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Thailand tembak mati suspek kes bunuh

    BANGKOK, 23 MAC – Polis Thailand menembak mati seorang suspek lelaki yang melepaskan tembakan menyebabkan tiga orang terbunuh manakala tiga yang lain cedera termasuk seorang pegawai polis, di wilayah Phetchaburi hari ini.

    Lelaki berusia 29 tahun itu mati ditembak di rumahnya kira-kira 4 pagi (waktu tempatan).

    Panglima Polis Wilayah 7, Leftenan Jeneral Thanayut Wutcharatthamrong berkata polis mengepung rumah suspek sejak 3 petang kelmarin.

    “Polis cuba memujuknya untuk menyerah diri termasuk membawa ibunya, namun tidak diendahkan sebaliknya suspek melawan dan melepaskan tembakan.

    “Polis kemudian menyerbu rumah itu dan menahan lelaki itu yang lari ke bilik di tingkat dua,” katanya kepada pemberita hari ini.

    Suspek pernah bertugas sebagai renjer taman negara dan menjalani tempoh percubaan selama enam bulan. – Bernama

    Sekumpulan komando polis dilihat semasa operasi di kejiranan rumah lelaki bersenjata di wilayah Phetchaburi, barat daya Bangkok, Thailand pada 22 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda