Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis tingkat usaha banteras penjualan 4D haram

    MIRI, 16 Okt – Polis Sarawak melancarkan fasa kedua ‘peperangan’ memerangi kegiatan judi haram dengan menumpukan serbuan ke atas penjualan 4D haram susulan kejayaan menghapuskan kegiatan judi mesin dan siber.

    Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata bagi tempoh 9 hingga 15 Oktober, pihaknya menahan 39 individu berusia antara 16 dan 61 tahun dalam serbuan yang diadakan di seluruh negeri.

    Katanya daripada jumlah itu, 30 ditahan menerusi 30 serbuan yang turut menyaksikan rampasan wang tunai berjumlah RM4,855 selain beberapa peralatan yang digunakan untuk pertaruhan 4D haram.

    Dalam dua lagi serbuan bagi memerangi perjudian di tempat awam di Kuching dan Limbang, polis menahan lapan orang yang dipercayai terbabit dalam perjudian holo serta seorang lelaki ditahan di Lawas kerana menyediakan perkhidmatan tambah nilai judi siber berasaskan tablet.

    Katanya pihaknya terus menerima aduan berhubung penjualan 4D haram terutama dari Kuching, khususnya di Taman Kenyalang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda