THE HAGUE, 5 MEI – Polis Sepanyol telah memberkas tiga pelarian Jerman yang disyaki mengendalikan sistem pengubahan wang untuk geng penjenayah, kata Europol hari ini.
“Suspek dipercayai telah mengendalikan sistem perbankan yang memproses transaksi penjenayah bernilai ratusan juta euro yang tidak dikesan oleh mekanisme yang mengawal sistem kewangan sah,” kata Europol.
Mereka ‘memindah sejumlah besar wang tunai menerusi sistem ini, membantu penjenayah mengubah wang tersebut untuk membiayai aktiviti mereka, sebahagian besarnya dikaitkan dengan penyeludupan dadah.”
Suspek, yang telah melarikan diri daripada pihak berkuasa Jerman sejak 2021, ditahan pada 30 Mac di Malaga, selatan Sepanyol dengan bantuan polis Jerman, kata Europol dalam satu kenyataan. – AFP