BEIJING, 31 DIS – Tujuh belas orang dipenjarakan, termasuk dua seumur hidup, kerana mengendalikan sindiket penyeludupan gading terbesar di China, memindahkan gading bernilai jutaan dolar dari barat Afrika ke dalam pasaran domestik China.
Permintaan untuk ukiran dan barang kemas gading di kalangan kelas pertengahan China membawa kepada krisis pemburuan di seluruh Afrika, dan walaupun pengharaman perniagaan gading pada 2018 di China telah meningkat situasi, pasaran gelap masih wujud.
Mahkamah di bandar selatan Guangzhou pada Selasa menjatuhi hukuman penjara kepada 17 orang yang terbabit dalam penyeludupan 20 tan gading bernilai lebih 1 bilion yuan (AS$156 juta).
Rampasan itu dibawa dari Nigeria dan negara lain dan dihantar ke China menerusi Singapura dan Korea Selatan, dedah dokumen mahkamah yang disiarkan oleh Mahkamah Perantara Guangzhou. Dokumen menyifatkan kes sebagai ‘sindiket penyeludupan gading terbesar’ sejak penubuhan Republik Rakyat China 70 tahun lalu.
Dua lelaki dikenalipasti sebagai ‘ke-tua sindiket’ – Chen Chengzong dan Lin Zhiyong – dipenjara seumur hidup dan dilucutkan harta mereka, dalam apa yang dikatakan aktivis merupakan salah satu hukuman paling berat untuk penyeludupan gading setakat ini. – AFP