Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Polis tumpaskan rangkaian terbesar penyeludupan kokain ke Eropah

    MADRID, 13 JUN – Europol berkata hari ini bahawa kumpulan jenayah penyeludupan dadah ke Eropah telah tumpas hasil siasatan yang melibatkan 40 tangkapan dan rampasan lapan tan kokain.

    Pasukan polis Eropah yang berpangkalan di Hague berkata, keseluruhan kartel, yang ketuanya berpangkalan di Turkiye dan Dubai, telah menerima tamparan hebat selepas satu penangkapan terakhir kelmarin.

    Operasi besar-besaran selama tiga tahun itu melibatkan pasukan polis dari 12 negara dan berkisar dari Brazil ke Sepanyol melalui Turkiye.

    Menurut Europol, fasa terakhir operasi bermula dengan penemuan pada Ogos 2023 oleh Guardia Civil Sepanyol 700 kilo kokain dalam sebuah bot di luar Kepulauan Canary, yang dinaiki oleh warga Croatia dan Itali.

    Selepas bertukar-tukar penemuan mereka dengan pasukan polis lain, penyiasat menemui kaitan dengan rampasan sebelum ini yang membawa kepada pengecaman dalang.

    Secara keseluruhannya, 40 orang telah ditangkap di enam negara, termasuk dua anggota utama rangkaian Croatia, yang ditangkap pada akhir 2023 di Istanbul, kata polis.

    Empat tangkapan terakhir berlaku kelmarin di Sepanyol, menurut Europol.

    Dalam satu operasi yang disaksikan oleh seorang wartawan AFP, anggota bersenjata lengkap Guardia Civil Sepanyol menahan seorang lelaki berusia 40 tahun pada waktu subuh di rumahnya berhampiran Marbella, sebuah pusat peranginan tepi laut yang popular dengan pengedar dadah.

    Penyeludup menghantar kokain dari Amerika Selatan ke hab logistik di Afrika barat dan Kepulauan Canary. – AFP

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...