Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Polis Turkiye banteras rangkaian penipuan tilik nasib

    ISTANBUL, 6 NOV – Polis Turkiye menahan seramai 62 individu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian penipuan dalam talian melibatkan penilik nasib dan medium palsu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) kelmarin memetik agensi berita Anadolu Ajansi.

    Kumpulan itu didakwa menipu dan memeras ugut pelanggan melalui platform dalam talian, menurut laporan Anadolu.

    Polis turut merampas telefon, kad SIM, komputer riba serta sejumlah besar bahan digital dalam serbuan di 29 bandar dan wilayah seluruh negara.

    Akhbar tempatan Sabah pula melaporkan bahawa kumpulan berkenaan menyasarkan ratusan mangsa.

    Amalan tilik nasib tersebar dengan meluas di Turkiye, namun pihak berkuasa kerap mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap penipuan berkaitan kegiatan itu.

    Pada Julai lepas, dua laman sesawang tilik nasib popular turut disiasat atas dakwaan penipuan, dan pengasasnya  telah ditahan, menurut media tempatan. – Bernama/dpa

    Polis Turkiye banteras rangkaian penipuan tilik nasib. – Gambar hiasan Unsplash

    Kata Kunci

    Popular

    Rencana

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Berita Berkaitan

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Terkini

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    KYOTO - Kawasan Omuro di Wad Ukyo, Kyoto, merupakan...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...