Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis UK dakwa remaja berusia 12 tahun

    LONDON, 7 APRIL – Polis Britain mendakwa seorang budak lelaki berusia 12 tahun atas tuduhan membunuh hari ini selepas sebuah kereta merempuh seorang wanita di jalan bandar di utara England.

    Wanita itu ditemui mati pada malam Rabu di tempat kejadian di Sheffield, kata polis South Yorkshire. Saudara-mara mengenal pastinya sebagai Marcia Grant yang berusia 60 tahun dan berkata dia seorang isteri, ibu, nenek, kakak dan rakan yang mesra, penyayang dan berdedikasi serta berbakti kepada masyarakat.

    Budak itu kemudiannya telah ditemui dan ditahan, kata polis.

    Suspek tidak boleh dinamakan atas sebab undang-undang berhubung umurnya. Dia dijadualkan hadir di Mahkamah Belia Sheffield pada Sabtu untuk menghadapi pertuduhan membunuh.

    Di England, kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas boleh didakwa dan disabitkan dengan jenayah. Sebarang hukuman dijatuhkan di pusat belia yang selamat dan bukannya penjara dewasa. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda