Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Polis Vietnam temui 2,000 bangkai kucing untuk perubatan tradisional

    HANOI, 17 FEB – Polis Vietnam telah menemui kira-kira 2,000 bangkai kucing yang bertujuan untuk digunakan dalam perubatan tradisional, kata media kerajaan hari ini.

    Bangkai kucing berkenaan ditemui di sebuah rumah penyembelihan di wilayah Dong Thap di Delta Mekong kelmarin, bersama 480 haiwan hidup, menurut akhbar rasmi wilayah itu.

    Kucing-kucing berkenaan berada dalam simpanan sejuk dan dipercayai hendak dihantar ke utara Vietnam.

    Sesetengah orang di Vietnam percaya ekstrak daripada tulang kucing boleh membantu menyembuhkan penyakit seperti asma dan osteoporosis.

    Dianggarkan sehingga sejuta kucing menjadi mangsa perdagangan hidupan liar haram setiap tahun di Vietnam, menurut organisasi kebajikan haiwan, Four Paws International.

    Memakan anjing dan kucing adalah sah di negara berkenaan. Banyak restoran menghidangkan dagingnya tetapi memerlukan sijil untuk menunjukkan asal usul haiwan tersebut.

    Rumah penyembelihan di Dong Thap itu gagal menyediakan kertas kerja yang membenarkan pembunuhan dan memperincikan kebolehkesanan.

    Tiada siapa yang ditahan dalam kes itu setakat ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...