Friday, September 13, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Wanita anjur kempen derma darah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Polis Wanita, Jawatankuasa Sambutan Penubuhan Polis Wanita ke-50 Tahun kelmarin telah mengadakan Kempen Derma Darah di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong.

    Seramai 110 orang penderma yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan anggota pangkat rendah Pasukan Polis Diraja Brunei berserta orang awam telah turut serta.

    Kempen yang bertema 1 pint can save 3 lives berhasrat untuk mewujudkan rasa kasih sayang serta menanamkan sifat beramal jariah dengan menambahkan simpanan tabung darah negara daripada sumbangan tersebut.

    Kempen seumpama ini adalah bertujuan untuk memupuk nilai murni dalam diri dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat yang memberikan banyak manfaat kepada kedua-dua penderma dan penerima selain meningkatkan kesedaran tentang manfaat menderma darah terhadap kesihatan dan tubuh badan penderma.

    Justeru itu, adalah disarankan untuk bersama-sama meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perpaduan dalam langkah memastikan bekalan darah mencukupi dan selamat, melalui aktiviti-aktiviti pendermaan darah secara sukarela yang berterusan.

    Hanya dengan ini, akses kepada bekalan darah yang mencukupi akan dapat terus dinikmati oleh pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan darah yang selamat dan tepat pada masanya.

    Suasana sekitar kempen derma darah berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPDB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda