Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Polis Marin (POLMAR), Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei, baru-baru ini berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan sebanyak 1,000 karton rokok berlainan jenis dalam rondaan yang dijalankan di perairan negara Menurut laporan, bot peronda POLMAR telah mengesan sebuah perahu yang mencurigakan bergerak laju tanpa lampu, menuju ke kawasan