Saturday, April 26, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polo Richard Mille buka tirai

    Oleh Khairil Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mac – Kejohanan Polo Richard Mille membuka tirainya hari ini dengan perlawanan round robin yang menyaksikan Pasukan Red, Black dan White berentap di Royal Brunei Polo and Riding Club.

    Dalam perlawanan pertama menyaksikan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menerajui Pasukan Red menentang Pasukan Black yang diketuai oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah yang menyaksikan Pasukan Red menang dengan keputusan 5-2.

    Sementara itu, perlawanan kedua antara Pasukan Black yang diketuai oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong menentang Pasukan White yang diketuai oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan turut dibarisi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar yang mana perlawanan itu berakhir dengan Pasukan White menang 2-1.

    Kejohanan tersebut turut menyaksikan Pasukan Red yang diketuai oleh DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen menentang Pasukan White yang diterajui oleh YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah yang berakhir dengan keputusan seri 3-3.

    Pasukan Red yang diketuai oleh DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen mendahului kejohanan dengan jaringan terbanyak.

    Berangkat sama bagi menyaksikan perlawanan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Hakeem.

    Kejohanan itu akan diteruskan esok dan perlawanan akhir akan berlangsung pada petang Khamis ini.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah,YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, YAM Pengiran Muda Bahar dan YAM Pengiran Muda Abdul Hakeem berkenan berangkat ke Kejohanan Polo Richard Mille di Royal Brunei Polo and Riding Club.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan mengetuai Pasukan Red dalam kejohanan tersebut.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan YAM Pengiran Muda Bahar ketika berkenan beraksi dalam Kejohanan Polo Richard Mille di Royal Brunei Polo dan Riding Club.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah ketika berkenan menyaksikan kejohanan polo tersebut.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan menerajui Pasukan White semasa Kejohanan Polo Richard Mille tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda