Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei yang Bersara (POLSARA) baru-baru ini mengadakan Majlis Penyerahan Surat Lantikan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Baharu Sesi 2024-2026, di C 6, Pejabat POLSARA, Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong.
Hadir ke majlis tersebut ialah Penasihat POLSARA, Acp (B) Haji Abdul Murad bin Haji Abdul Hadi, yang kemudiannya menyampaikan surat lantikan baharu kepada Yang Dipertua POLSARA, Supt (B) Haji Yahya bin Haij Ibrahim dan seterusnya menyampaikan surat lantikan kepada AJK takmir dan AJK kecil.
Dengan adanya lantikan AJK yang baharu ini diharap akan dapat menguatkan lagi urusan takmir persatuan untuk mengeratkan tali silaturahim yang sedia ada serta bekerjasama mengambil sikap pemedulian dan membantu kepada anggota-anggota yang memerlukan bantuan.
Persatuan ini juga turut serta dalam merayakan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu semasa majlis ramah mesra bersama rakyat di Daerah Temburong dan Brunei dan Muara serta majlis santap pegawai beruniform yang akan diadakan di Istana Nurul Iman.



