Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Bagi mengukuhkan tali persahabatan dan silaturahim antara ahli Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei yang Bersara (POLSARA), satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di C6, ibu pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), di Gadong.
Hadir pada acara itu ialah Penasihat POLSARA, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Haji Zainal dan Yang Di-Pertua POLSARA, Pengiran Dato Paduka Haji Salim bin Pengiran Wahid serta mantan Yang Di-Pertua POLSARA, jemputan khas dan ahli-alinya.
Yang Di-Pertua POLSARA ketika berucap di majlis itu menzahirkan harapan agar ahli POLSARA sentiasa bersatu padu dan mengukuhkan tali persahabatan walaupun masing-masing sudah bersara.
Majlis diteruskan dengan menjamu selera dan diselitkan dengan persembahan nyanyian oleh ahli-alih POLSARA.
