Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    POLSARA sertai majlis ramah mesra

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Seramai lebih 30 orang ahli Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei Yang Bersara (POLSARA) telah menyertai Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei dan Muara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79.

    Penglibatan POLSARA dalam majlis berkenaan merupakan tanda kasih dan kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap raja yang dikasihi.

    Pasukan POLSARA diketuai oleh Yang Di-Pertua POLSARA, Supt (B) Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim.

    POLSARA turut hadir setiap tahun bagi menyertai majlis serupa yang diadakan di Daerah Brunei dan Muara.

    Ahli-ahli POLSARA bergambar ramai semasa majlis ramah mesra tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda