Oleh Sim Y.H. –
TEMBURONG, 24 OGOS – Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei Yang Bersara (POLSARA) tidak ketinggalan menyertai bagi sama-sama meraikan Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Temburong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79 Tahun, yang berlangsung di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Temburong, hari ini.
Kira-kira 40 orang ahli lelaki dan wanita POLSARA dengan diketuai oleh Yang Di-Pertua POLSARA, Supt (B) Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim menghadiri majlis berkenaan.
Menurut POLSARA, penglibatan mereka dalam majlis berkenaan merupakan sebagai tanda kasih sayang terhadap raja yang dikasihi di mana POLSARA hadir setiap tahun di majlis serupa yang di adakan di Daerah Temburong.


