Sunday, April 20, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pompeo cipta sejarah di Pohnpei

    POHNPEI, MICRONESIA, 5 OGOS – Mike Pompeo menjadi Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) yang pertama berkunjung ke Mikronesia hari ini, ketika Washington menunjukkan minat baharu dalam kalangan sekutu Pasifiknya, tidak kira betapa kecilnya mereka, ekoran persaingan serantau dengan China.

    Pompeo mendarat di pulau Pohnpei di mana beliau akan menghabiskan beberapa jam bertemu para pemimpin dari Persekutuan Mikronesia, serta jiran-jirannya seperti Palau dan Pulau Marshall.

    Percubaan diplomatik itu disusuli dengan lawatan daripada para pemimpin Pulau Pasifik ke Rumah Putih awal tahun ini, sebahagian daripada kempen Amerika bagi Indo-Pasifik ‘bebas dan terbuka’ bagi menangani dasar perluasan kuasa China yang semakin bertambah.

    “Ia masih lagi kawasan besar yang strategik dan ia bukannya baharu,” kata pegawai kanan Jabatan Kerajaan memetik hubungan masa lalu. “Kini tahap interaksi jelasnya telah diperkukuhkan.”

    Elizabeth Economy bagi Majlis Perbandaran bagi Perhubungan Luar memberitahu AFP bahawa pada masa lalu, AS telah ‘bekerja secara agresif’ untuk meningkatkan kedudukannya di rantau Pulau Pasifik, menganggapnya ‘kepentingan strategik signifikan’.

    Terletak dekat dengan khatulistiwa, Persekutuan Mikronesia itu bertaburan sepanjang 3,000km di Pasifik, kawasan signifikan yang menyebabkan pertikaian hubungan China-Amerika berkaitan dengan kebebasan navigasi di laluan lautan. – AFP

    Mike Pompeo selepas sidang media bersama Presiden Mikronesia, David Panuelo (kiri), Presiden Pulau Marshall, Hilda Heine (dua, kanan) dan Naib Presiden Palau, Raynold Oilouch (kanan) di Kolonia pada 5 Ogos. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda