MONTREUX, SWITZERLAND, 2 JUN – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo semalam menyertai Jared Kushner, pada satu mesyuarat tertutup Kumpulan Bilderberg di persantaian Swiss Montreux, dengan ramai hadirin berasa bimbang mengenai apa yang digelar oleh seorang pembantah sebagai ‘pemusnahan’ yang dilaksanakan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump pada perintah antarabangsa selepas perang.
Perhimpunan tahunan peserta-peserta terkenal daripada industri perniagaan, politik, risikan dan pertahanan menyaksikan satu lawatan oleh diplomat tertinggi Amerika selepas pengumuman tarif baharu oleh Trump menjejas pasaran dunia dan ketegangan AS dengan Iran menimbulkan kebimbangan dunia. Mesyuarat empat hari yang berakhir hari ini diadakan tatkala pengkritik Trump berkata retorik dan dasar beliau merupakan ancaman kepada kestabilan selepas perang yang lahir daripada kepimpinan AS. Penyokong Trump berkata Amerika Syarikat tidak dihargai untuk masa yang lama dan keperluannya mesti diutamakan sekarang.
Acara tersebut, yang bertujuan memupuk dialog di antara pakar dari Amerika Utara dan Eropah, ditutup kepada orang awam, dan para hadirin digalakkan merahsiakan mengenai apa yang dibincangkan.
Dalam agenda pada tahun ini adalah topik seperti Eropah, China dan Rusia, perubahan iklim, masa depan kapitalisme dan ancaman siber. – AP
