Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Poni Divers bantu jaga alam sekitar

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Okt – Poni Divers memulakan pembersihan bawah air pertama mereka di North Pelong sebagai sebahagian dari pembersihan suku ketiga 2017, pada 9 Oktober serta berjaya mengumpul kira-kira 34 kilogram pukat terbiar.

    Kempen pembersihan tersebut adalah bersempena dengan sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, Hari Pengekalan Sedunia serta Hari Pelancongan Sedunia yang bertepatan dengan tema bagi 2017 iaitu Pengekalan dan dikaitkan pula dengan pelancaran Pakej Selaman Pelancongan Brunei (Brunei Tourism Diving Packages) baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis penutupan kempen berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Awang Wardi Haji Mohammad Ali.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda