Wednesday, September 18, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pope Francis tiba di Singapura, sempurnakan jelajah Asia Pasifik

    SINGAPURA, 11 SEPT – Pope Francis tiba di Singapura untuk lawatan negara selama tiga hari bagi menyempurnakan Perjalanan Apostolik beliau ke rantau Asia Pasifik, yang merangkumi Indonesia, Papua New Guinea dan Timor Leste.

    Pesawat yang membawa Pope, 87, dan rombongannya dari Dili, Timor Leste tiba di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Changi sekitar jam 2:50 petang.

    Dalam lawatan pertamanya ke republik pulau itu, Pope disambut Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura, Edwin Tong, serta duta bukan pemastautin Singapura ke Vatican, Janet Ang. Turut hadir ialah wakil daripada Kementerian Luar dan Keuskupan Agung Roman Katolik Singapura yang diketuai Uskup Agung William Goh.

    Pope, yang menaiki kereta buggy di sepanjang Changi Jurassic Mile di luar kompleks, disambut kira-kira 1,000 ahli komuniti Katolik yang melaungkan “Viva! Viva Papa Francisco!”

    Ini merupakan lawatan pertama oleh seorang Pope ke Singapura dalam tempoh 38 tahun, selepas Pope St John Paul II singgah selama lima jam di negara itu pada 20 November 1986. – Bernama

    Pope Francis disambut sebaik tiba di lapangan terbang Changi di Singapura, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda