Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Popia, kudapan berbuka puasa

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Popia merupakan sejenis kudapan yang boleh awda nikmati bila-bila saja dan hidangan ini sering kali menjadi menu pilihan ramai ketika berbuka puasa di bulan Ramadan ini.

    Pada kebiasaanya ia boleh didapatkan di gerai, pasar malam, kafe, restoran dan sebagainya. Ia juga terdapat di pasar raya yang dijual dalam kemasan sejuk beku bagi mereka yang tiada masa untuk membuatnya dan ianya hanya perlu digoreng sahaja.

    Popia juga sering menjadi pilihan hidangan ringan di majlis kenduri atau jamuan.

    Keunikan popia terletak pada kombinasi kulit dan intinya yang pelbagai jenis pastinya akan memberikan rasa yang sangat lazat, memuaskan dan meningkatkan selera makan keluarga awda.

    Terdapat pelbagai jenis inti yang diisi di dalam popia seperti kentang daging, ayam dan sebagainya.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik

    Popia biasanya digoreng sehingga kulitnya menjadi ranggup dan berwarna keemasan.

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat popia adalah seperti, kulit popia, sayur campur, isi ayam, isi daging, ubi kentang, bawang besar yang dipotong seperti dadu, kiub ayam, minyak masak, serbuk lada sulah, sedikit air, rempah kari daging dan sebagainya.

    Bagi membuat intinya, mula-mula awda cincang kasar isi ayam atau daging. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam atau daging, goreng sehingga ia masak.

    Selepas itu masukkan sayur campur, garam, kiub ayam dan sedikit lada sulah. Masukkan sedikit air dan goreng lagi dalam 2 hingga 3 minit. Angkat dan sejukkan.

    Manakala cara membuat popia adalah, mula-mula bentangkan kulit popia, kemudian letak sedikit inti dan taburkan daun bawang atau sup dan gulung dengan kemas.

    Selepas itu letakan tepinya dengan telur putih atau tepung yang dicampur sedikit air sebagai gam.

    Selepas semua popia siap digulung, ia siap untuk dimasak. Cara memasaknya pula, mula-mula panaskan minyak dalam kuali, goreng dalam minyak yang banyak (deep fry) dengan api yang sederhana.

    Setelah itu balikkan sekali supaya masak sekata sehingga berwarna keemasan.

    Setelah itu angkat dan tuskan minyak dan letak atas pinggan yang dilapik dengan paper towel atau tisu.

    Selepas itu ia pun sedia untuk dihidang dan dimakan. Popia ini sangat enak dimakan bersama teh atau kopi panas.

    Selamat mencuba.

    Bahan-bahan:

    • Kulit popia secukupnya
    • 1 cawan sayur campur
    • 300 gram taugeh
    • 1 cawan isi ayam, bahagian dada atau isi
    • 1/2 bawang besar dipotong dadu
    • 1/2 kiub ayam
    • 3 sudu besar minyak masak
    • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
    • Sedikit air

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Aneka rasa dim sum

    Warisan sajian barbeku

    Disyorkan Untuk Awda