Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    Popovici rangkul emas gaya bebas 200m

    ROM, 16 OGOS – Perenang remaja sensasi Romania, David Popovici mencatat masa ketiga terpantas dalam sejarah untuk memenangi pingat emas acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki di Kejohanan Eropah di Rom, hari ini.

    Popovici, yang akan berusia 18 tahun bulan depan, menang dengan masa 1 minit 42.97 saat (s) dengan perenang Switzerland, Antonio Djakovic di tempat kedua manakala perenang Austria, Felix Auboeck di tempat ketiga, selepas ketinggalan lebih dua saat.

    Perenang Jerman, Paul Biedermann mencatat rekod dunia acara itu dengan catatan 1 minit 42s sejak 2009, di ibu negara Itali itu.

    Sabtu lalu, Popovici mencipta rekod dunia acara 100m gaya bebas selepas memenangi emas berganda di Kejohanan Dunia pada Jun lalu.

    “Perlumbaan hari ini agak sukar dan saya rasa catatan masa itu boleh diterima. Ia adalah masa yang cemerlang,” kata Popovici.

    “Akhirnya, saya mampu mencatat masa di bawah 1:43s, dan ia sangat hebat. Perancangan berikutnya adalah berehat sedikit esok dan menguji kolam untuk acara 400m.”

    Popovici akan berenang di peringkat saringan acara 400m pada Rabu.

    Sementara itu, perenang Sweden, Louise Hansson memenangi acara 100m kuak kupu-kupu wanita dengan catatan 56.66s, menewaskan atlet Perancis, Marie Wattel serta perenang Bosnia and Herzegovina, Lana Pudar. – AFP

    Reaksi David Popovici selepas memenangi acara gaya bebas 200m lelaki semasa Kejohanan Akuatik Eropah LEN di Rom pada 15 Ogos 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...