BEIJING, 2 SEPT – Populariti durian Musang King diharap mampu menjadi batu loncatan dalam mempromosikan pelbagai makanan serta budaya Malaysia yang lain kepada masyarakat di China.
Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia di China (MayCham) Loh Wee Keng berkata menerusi Festival Rasa Malaysia yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, “antara makanan dan budaya yang diperkenalkan di sini adalah nasi lemak, sate, mi kari Ipoh, tarian singa serta seni persilatan Melayu.”
Beliau berkata selain itu, festival berkenaan yang melibatkan 30 gerai dari Malaysia dan 10 dari Vietnam, Thailand, Indonesia dan China meliputi Beijing serta beberapa wilayah lain, turut mempromosikan sektor pelancongan Malaysia.
“Musang King semakin mendapat perhatian dan permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat di China. Ramai yang menyatakan minat dan tidak sabar untuk mencubanya. – Bernama