Friday, October 25, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Populariti Nidji masih memuncak bersama vokalis baharu

    Meskipun konsert bertali arus diadakan di Malaysia, kumpulan popular Indonesia, Nidji tidak mahu ketinggalan tampil dalam Konsert Nidji X Budi Doremi di Zepp Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Ini kerana kumpulan yang popular menerusi lagu Hapus Aku dan Laskar Pelangi sudah lama menyimpan hasrat kembali beraksi di panggung di Malaysia selepas kali terakhir pada 2019.

    Pemain gitar, Rama atau Ramadhista Akbar berkata, diharapkan kehadiran Nidji mampu melepas rindu peminat terutamanya, Nidjiholic.

    “Sememangnya sebelum konsert, kami ada dua persembahan di Indonesia. Kami gembira dapat hadir ke Malaysia, jadi kegembiraan itulah yang membuatkan kami bertenaga menghiburkan peminat.

    “Lebih lagi, Nidji mengalami penggantian vokalis baharu, yang juga lebih romantis dan seksi, jadi kami senang sekali dapat berada di Kuala Lumpur.

    Nidji memperkenalkan vokalis baharunya, Ubay ketika muncul dalam Konsert Nidji X Budi Doremi di Zepp Kuala Lumpur, baru-baru ini. – Agensi

    “Kali terakhir Nidji ke Malaysia pada 2019. Namun, syukur selepas era pandemik COVID19 kami dibawa lagi ke sini. Dan kami juga sangat senang berkongsi panggung bersama Budi Doremi,” katanya.

    Vokalis baharu yang dimaksudkan adalah Muhammad Yusuf Nur Ubay atau mesra disapa Ubay.

    Sejak Disember 2018, bekas vokalis Nidji, Giring Ganesha dimaklumkan berundur berikutan mahu fokus menjadi ahli politik. Selepas sebulan pencarian, akhirnya Nidji menemui vokalis baharu, Ubay yang juga bekas peserta program realiti, Indonesian Idol 2014.

    Berbalik pada Konsert Nidji X Budi Doremi, Nidji membawakan 12 lagu termasuk persembahan bersama Budi menerusi lagu Laskar Pelangi.

    Membuka panggung dengan persembahan kolaborasi itu, Nidji pantas mendidihkan adrenalin 2,000 peminat dengan lagu Arti Sahabat, Kau dan Aku, Sudah, Bila Aku Jatuh Cinta serta single terbaharu bersama Ubay, Wadoow.

    Momentum diteruskan dengan lagu dari filem popular, Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, iaitu Sumpah dan Cinta Matiku dan Teroesir. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda