Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Populariti Syafiq merudum selepas kahwin?

    Selepas mendirikan rumah tangga, nama penyanyi Syafiq Farhain (gambar) kurang diperkatakan, malah single terbaharu, Kau Bidadari juga gagal mendapat sambutan.

    Bagaimanapun, anak penyanyi legenda, Allahyarham Saleem itu tidak merasakan popularitinya merudum disebabkan sudah berkahwin.

    Syafiq atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain AM Salim berkata, dia tidak merasakan perkahwinan memberi kesan, apatah lagi, masih aktif menyanyi dan tak putus-putus menerima undangan persembahan.

    “Seperti kebanyakan penyanyi hadapi, dua tahun ini kita berdepan dengan pandemik COVID. Jadi, undangan nyanyian agak terhad.

    “Saya bukan jenis seorang yang muat naik aktiviti seharian termasuk pekerjaan dalam laman sosial. Jadi, mungkin disebabkan itu, saya kelihatan kurang aktif.

    “Jujurnya, saya masih menerima undangan nyanyian, lagu baharu sahaja belum keluar.

    Disebabkan lagu tiada, itu juga menyebabkan orang kurang bercakap mengenai saya.

    “Nak cakap risau, memang tidak. Namun, saya tidak nafikan undangan nyanyian tidak selebat dulu. Dulu macam goreng pisang panas,” katanya kepada BH Online.

    Dan dalam masa sama, Syafiq menolak dakwaan syarikat rakaman, MVM Music tidak banyak membantu dalam mempromosikannya dan lagu baharu.

    “MVM memang ada ramai artis, jadi saya juga tidak boleh terlalu bergantung pada syarikat rakaman memandangkan tenaga kerja tidak ramai. Situasi ini menyukarkan mereka mengendalikan semua artis.

    “Jadi, saya kena ada usaha mencari karya untuk diketengahkan. Sekarang, saya juga sudah mempunyai lagu baharu dihasilkan bersama Ejai Azzara Band dan Harry Khalifah.

    “Lagu ini sudah siap, tunggu masuk vokal sahaja. Insya-Allah, akan keluar tidak lama lagi,” katanya.

    Berkongsi mengenai perkahwinan dan perjalanan sebagai suami dan bakal bapa, Syafiq berkata, dia kurang terbuka berkongsi kisah rumah tangga. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...