Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Populasi anak gorila terancam akibat kepadatan habitat di Rwanda

    KIGALI, 7 SEPT – Selebriti, ahli politik dan aktivis alam sekitar bergilir-gilir menamakan 40 anak gorila dalam satu majlis gemilang di Rwanda, ketika spesies terancam itu berdepan ancaman serius akibat kepadatan populasi. Pakar berkata, kira-kira separuh daripada anak gorila itu tidak akan mencapai dewasa kerana perkelahian keluarga yang ganas sehingga mengancam usaha pemuliharaan yang telah dijalankan selama beberapa dekad.
     
    Usaha sepanjang setengah abad yang lalu telah membantu populasi gorila pulih daripada tahap kritikal di Virunga Massif yang merangkumi Rwanda, Uganda dan Republik Demokratik Congo.
     
    Pertambahan bilangan gorila dewasa menyebabkan gorila jantan dewasa, dikenali sebagai silverbacks, lebih kerap bertikai, dengan akibat yang membahayakan.
     
    Silverbacks akan bergaduh ketika cuba melindungi wilayahnya,” kata seorang pakar pengurusan pemuliharaan di Lembaga Pembangunan Rwanda, Eugene Mutangana.
     
    Rwanda melancarkan program memperluas habitat gorila sebanyak 23 peratus, yang memerlukan pemindahan kira-kira 3,400 keluarga dari kawasan sekitar Taman Negara Volcanoes.
     
    Namun, program tersebut dijangka akan mengambil masa lebih daripada 10 tahun untuk disiapkan, menurut Mutangana.
     
    Selain itu, suhu ekstrem juga menjadi salah satu punca kematian anak-anak gorila. – AFP
     
    Sekitar separuh populasi anak gorila maut akibat kepadatan habitat di Rwanda pada 7 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda