NUR-SULTAN, KAZAKHSTAN, 28 MEI – Populasi antelop Saiga yang amat terancam, telah meningkat lebih dua kali ganda sejak 2019, menurut kementerian ekologi Kazakhstan hari ini, berdasarkan tinjauan dari udara ke atas populasi haiwan tersebut dalam masa dua tahun.
Berita mengenai populasi Saiga di negara Asia Tengah yang meningkat daripada 334,000 kepada 842,000 akan menggembirakan aktivis pemeliharaan yang memberi amaran spesies itu di ambang kepupusan susulan kematian besar-besaran dalam 2015.
Dalam satu kenyataan, kementerian ekologi Kazakhstan menggelar kepesatan populasi itu sebagai ‘satu petunjuk keberkesanan memelihara dan melindungi Saiga serta menangani pemburuan haram.’ – AFP
