Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Populasi penyu laut terancam catat pemulihan di seluruh dunia

    WASHINGTON, 18 APRIL – Penyu laut yang terancam menunjukkan tanda-tanda pemulihan di kebanyakan lokasi habitat di seluruh dunia, menurut satu tinjauan global baharu yang dikeluarkan kelmarin.

    “Banyak populasi penyu telah pulih, walaupun ada juga yang belum,” kata ahli ekologi dari Duke University, Stuart Pimm, yang tidak terlibat dalam kajian tersebut.

    Tambahnya, “Secara keseluruhan, kisah penyu laut adalah salah satu kejayaan pemuliharaan alam sekitar yang sebenar.”

    Kajian itu meneliti 48 populasi penyu laut di seluruh dunia. Para saintis mengukur kesan ancaman seperti pemburuan, pencemaran, pembangunan pesisir dan perubahan iklim terhadap haiwan marin tersebut.

    Daripada lebih separuh kawasan yang telah dikaji, ancaman-ancaman itu menunjukkan penurunan secara keseluruhan.

    Namun, terdapat pengecualian. Populasi penyu laut di Lautan Atlantik lebih cenderung pulih berbanding di perairan Pasifik dan penyu belimbing dilaporkan tidak sekuat seperti spesies penyu lain dalam menghadapi ancaman.

    Menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), secara global, penyu belimbing amat terdedah kepada kepupusan dan banyak spesis penyu itu berada dalam keadaan yang amat terancam. – AP

    Gambar fail seekor penyu di Guyana, pada 2007. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda