Thursday, October 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Populasi Ukraine dianggar menurun sebanyak 10 juta

    GENEVA, 23 OKT – Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) kelmarin berkata populasi Ukraine telah dianggarkan menurun sebanyak 10 juta sejak 2014, dan keadaan semakin memburuk selepas serangan Rusia bermula, lapor agensi Anadolu.

    Florence Bauer, Pengarah Serantau UNFPA untuk Eropah Timur dan Asia Tengah berkata dalam satu taklimat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva bahawa lapan juta daripada penurunan jumlah populasi itu berlaku sejak konflik Moscow-Kyiv pada 2022.
    “Ini juga mewakili kehilangan besar dalam modal insan yang sangat diperlukan untuk pemulihan dan membina masa depan Ukraine,” kata Bauer.

    Beliau menegaskan bahawa sejak 2022, kadar kelahiran menurun kepada satu anak per wanita ‘kadar kesuburan terendah di Eropah dan satu daripada yang terendah di dunia.’

    Pekerja kecemasan membawa seorang penduduk yang cedera selepas serangan peluru berpandu Rusia di Odesa, Ukraine pada 10 Oktober. – AP

    Sementara itu, jutaan orang telah dipindahkan secara dalaman di dalam negara itu dan kira-kira 6.7 juta orang melarikan diri ke luar negara sebagai pelarian, katanya.

    Beberapa wilayah telah mengalami depopulasi apabila golongan muda meninggalkan kawasan berkenaan, tambahnya, dengan sejumlah besar penduduk terbunuh akibat kesan langsung daripada konflik.

    “Bagi merancang dengan berkesan untuk pemulihan Ukraine, bancian populasi amat diperlukan, sebaik sahaja keadaan keselamatan mengizinkan,” katanya, sambil menyatakan bahawa bancian terakhir dijalankan pada 2001, menjadikan data demografi yang dikemas kini sangat kritikal. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda