Sunday, February 9, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Porsche 718 Cayman mewah, berkuasa dan prestasi lebih tinggi

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN – Sebagaimana model 718 Boxster yang telah dilancarkan baru-baru ini, 718 Cayman serba baru juga turut membawa angka 718 sebagai simbol kejuaraan yang telah banyak menyumbang kepada kemenangan dan kegemilangannya terutama pada tahun 1960-an.

    Porsche 718 Cayman serba baru ini dilengkapi dengan enjin 2 liter, enjin rata empat silinder dengan pengecas turbo dan mampu menjana serta menghasilkan sehingga 350 kuasa kuda.

    Kenderaan yang hebat ini merupakan kesinambungan bagi model 718 yang dicipta pada tahun 1953. Legenda bagi model 718 kini kembali lagi dengan membawa bersamanya semangat kesukanan, inspirasi dan keyakinan Porsche 718 yang telah mencapai kegemilangan menerusi sejarah.

    Porsche 718 Cayman serba baru ini mempunyai reka bentuk yang lebih menawan, rendah, lebar dan hampir sama seperti 718 Boxster. Bahagian luarnya lebih menarik dengan tambahan ‘intake’ angin pada bampar bahagian depan, manakala bahagian belakangnya lebih besar. Kereta yang penuh gah ini adalah kombinasi rekaan untuk kegunaan di jalan raya mahupun di litar perlumbaan.

    Turut dilengkapi

    Model terbaru ini dilengkapi Pengurusan Komunikasi Porsche (PCM) terkini, skrin sentuh 7 inci termasuk perhubungan, Navigasi dan modul ‘Connect Plus’. Connect Modul terdiri daripada penyimpanan telefon pintar bagi perhubungan tanpa wayar daripada telefon pintar kepada antena luaran kereta, port USB dan Apple CarPlay.

    Apa yang pasti, 718 Cayman versi baru ini telah membawa jenama Porsche untuk melangkah lebih jauh lagi ke hadapan dalam meningkatkan mutu kepuasan kepada pelanggan-pelanggan Porsche.
    Apa yang pasti, 718 Cayman versi baru ini telah membawa jenama Porsche untuk melangkah lebih jauh lagi ke hadapan dalam meningkatkan mutu kepuasan kepada pelanggan-pelanggan Porsche.
    Model terbaru ini dilengkapi Pengurusan Komunikasi Porsche (PCM) terkini, skrin sentuh 7 inci termasuk perhubungan, navigasi dan modul ‘Connect Plus’ membuatkan pemanduan lebih selesa dan meyakinkan.
    Model terbaru ini dilengkapi Pengurusan Komunikasi Porsche (PCM) terkini, skrin sentuh 7 inci termasuk perhubungan, navigasi dan modul ‘Connect Plus’ membuatkan pemanduan lebih selesa dan meyakinkan.

    Kenderaan ini juga dilengkapi teknologi Porsche Stability Management (PSM) dengan mode PSM Sport terbaru, sistem dwi ekzos, Porsche Active Suspension Management (PASM) sebagai pilihan tambahan dan sistem penjimatan minyak yang dipertingkatkan dalam model terbaru ini.

    Kuasa lebih tinggi dan ekonomi

    Kereta Convertible dengan keselesaan dua tempat duduk ini lebih berkuasa dan ekonomi bahan api.

    Sebagaimana model Porsche sebelumnya, kenderaan ini juga memegang tradisi pembuatan Porsche yang turut dilengkapi dengan empat silinder 718 mid-engine digabungkan dengan turbocharge.

    Porsche 718 Cayman serba baru ini dilengkapi dengan enjin 2 liter, enjin rata empat silinder dengan pengecas turbo dan mampu menjana serta menghasilkan sehingga 350 kuasa kuda.
    Porsche 718 Cayman serba baru ini dilengkapi dengan enjin 2 liter, enjin rata empat silinder dengan pengecas turbo dan mampu menjana serta menghasilkan sehingga 350 kuasa kuda.

    Menyentuh mengenai enjin turbo baru, Porsche menggunakan Dynamic Boost bagi model berkenaan, yang memberikan tindak balas enjin spontan seperti beraspirasi semulajadi. 718 Cayman dengan kotak gear PDK dan Sport Chrono Package pecutan dari sifar hingga 100 km/jam dalam 4.7 saat dengan kelajuan maksimum 275 km/jam.

    Porsche 718 Cayman juga mempunyai satu ciri baru iaitu Mod Sport PSM dengan had lanjutan untuk pemanduan sporty dan sangat sesuai kepada mereka yang sukakan gaya pemanduan sporty.

    718 Cayman juga menggunakan pengecasan turbo Porsche dan penggunaan bahan api yang dikurangkan, iaitu enjin empat silinder dengan PDK kotak gear dalam 718 Cayman yang menggunakan 6.9 l / 100 km di NEDC.

    Secara keseluruhan, 718 Cayman versi terbaru ini membawa jenama Porsche untuk melangkah setapak ke hadapan dalam meningkatkan kepuasan pelanggan dari segi pengalaman pemanduan, prestasi dan keselesaannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda