Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Porsche 911 capai jumlah satu juta

    SUTTGART, 15 Mei – Kereta sport yang menjadi nadi utama buat Porsche iaitu model 911 kini mengeluarkan model ke satu juta di barisan pengeluarannya dalam varian Carrera S yang memiliki ciri-ciri eksklusif seperti mana model pertama 911 yang dikeluarkan pada 1963.

    Kereta dua pintu itu kekal menjadi model penting strategik dalam rangkaian produk Porsche dan membuat banyak sumbangan dalam mengekalkan kedudukan Porsche sebagai salah satu pembuat kereta paling menguntungkan di dunia.

    Pengerusi Lembaga Penyeliaan di Porsche AG, Dr Wolfgang Porsche, telah menjadi sebahagian daripada pembangunan model 911 sejak hari pertama: “54 tahun lalu, saya berupaya untuk melakukan perjalanan pertama saya ke Grossglockner High Alpine Road bersama ayah saya. Perasaan berada di dalam sebuah 911 begitu menyeronokkan ketika ini seperti mana dahulu juga. Ini disebabkan 911 telah memastikan nilai-nilai asas jenama kami sangat berwawasan ketika ini seperti mana ia pertama dihasilkan pada model Porsche 365/1 dari 1948.”

    Salah satu varian Porsche 911 iaitu 911 Carrera S. – AFP
    Salah satu varian Porsche 911 iaitu 911 Carrera S. – AFP

    Porsche 911 menubuhkan satu kategori baru dan kekal di puncak segmen kereta sport premium. Dalam tahun lepas sahaja, sebanyak 32,365 kenderaan telah diedarkan seluruh dunia. Meskipun begitu, ia telah mengekalkan nilai eksklusifnya sejak beberapa dekad dan telah menjadi barangan yang didambakan pengumpul.

    Kualiti model 911 adalah satu legenda, lebih 70 peratus model 911 yang telah dibina masih boleh dipandu ketika ini, dalam tambahan, ia boleh didapati secara konsisten dalam ranking kualiti tertinggi seperti mana kajian kualiti yang dijalankan oleh institut kajian pasaran AS J.D. Power.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda