Monday, March 10, 2025
32.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Porsche Brunei sokong komuniti sempena Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Porsche Brunei, di bawah QAF Prestige Sdn Bhd, telah menganjurkan Porsche Community Ramadan Kitchen, kelmarin, bersempena Hari Wanita Antarabangsa.

    Acara itu dianjurkan di The Kitchen Table, Kiulap, dengan tujuan untuk mengukuhkan hubungan masyarakat serta memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan di seluruh Brunei.

    Semasa bulan suci Ramadan, program dapur sosial tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan semangat pemberdayaan sambil menyumbang kepada komuniti.

    Acara itu merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) Porsche Brunei, yang turut bekerjasama dengan SCOT Brunei, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang fokus kepada pengurangan kemiskinan, untuk menyediakan 250 hidangan masakan rumah yang diedarkan ke masjid dan tempat perlindungan sementara di seluruh Brunei.

    Kerjasama tersebut memperlihatkan komitmen bersama untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat, dengan tumpuan khas untuk menyediakan makanan dan harapan semasa Ramadan.

    Selain itu, acara itu turut menyaksikan penglibatan pemilik Porsche wanita yang bekerjasama dengan ibu tunggal daripada pasukan SCOT Brunei.

    Mereka bersama-sama menyediakan, memasak dan membungkus makanan dengan penuh kasih sayang.

    Acara ini membuktikan bahawa program CSR Porsche Brunei bukan sekadar tanggungjawab sosial, tetapi juga cerminan kepada etos syarikat yang memperkaya kehidupan masyarakat.

    Inisiatif berkenaan menjadi inspirasi bagaimana komuniti dan tanggungjawab korporat dapat bergabung untuk memberi impak positif kepada masyarakat.

    Pemilik Porsche wanita bekerjasama dengan ibu tunggal daripada pasukan SCOT Brunei menyediakan bahan-bahan makanan untuk diagihkan. – GAMBAR SERAHAN PORSCHE BRUNEI
    Kakitangan Porsche Brunei, SCOT Brunei dan pemilik-pemilik Porsche bergambar ramai dengan makanan yang dibungkus untuk penghantaran. – GAMBAR SERAHAN PORSCHE BRUNEI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda